Apa nak buat jika dilanggar kenderaan yang tidak berinsuran?
Dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!
Kat mana kita boleh claim?
MIB tu apa? MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.
MIB dapat duit dari mana? Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.
Macam mana nak claim?
- 1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
- 2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.
- 3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
- 4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
- 5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
- 6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.
- 1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
- 2. Repot polis.
- 3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
- 4. Laporan perubatan.
Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910