Posts

Showing posts with the label funny

Oh my jawi

Berikut ialah beberapa perkara pelik yg disebut oleh khatib di atas mimbar: 1. Di sebuah mesjid di Negeri Sembilan, "Oleh kerana perniagaan mendatangkan 9/10 daripada keuntungan maka sidang Jumaat sekalian, marilah kita jadikan perniagaan sbg satu 'mutafancirin' ". Saya terkejut. Apa tu mutafancirin? Melayu bukan Arab pun bukan. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'mata pencarian.' "متڤنچرين" 2. Di sebuah mesjid di Kulim, Kedah, "...dihalalkan kita umat Islam memakan kuda, dan diharamkanNya kita memakan keladi...". Dekat nk pengsan makmum sbb ada yg baru lepas mkn sayur keladi. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'keldai'. Selepas khutbah ini lebih sebulan orang Kulim tak mkn keladi sbb difatwakan haram. "كلدي" 3. Di sebuah mesjid di Perak, "...maka 'birobbikum' itu adalah sunah kerana diriwayatkan bahawa Nabi pun 'birobbikum'...". Semua makmum tak faham termasuk tok imam dan tok bilal. Bila...